fbpx

Remaja rogol adik sampai beranak dihantar ke Henry Gurney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja lelaki dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Melaka oleh Mahkamah Majistret Bahau atas kesalahan merogol adik kandungnya hingga bersalin bulan lalu. GAMBAR FAIL FEBRUARI LALU

JEMPOL – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Melaka oleh Mahkamah Majistret Bahau, di sini, semalam atas kesalahan merogol adik kandungnya hingga bersalin bulan lalu.

Majistret Norshazwani Ishak mengarahkan dia dihantar ke sekolah berkenaan bermula semalam.

Ibu bapa atau penjaga remaja lelaki tersebut juga diperintahkan untuk melawat tertuduh sekali dalam tempoh sebulan sepanjang tempoh tiga tahun dia berada di sana.

Tertuduh pada 23 Februari lalu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jelebu melakukan perbuatan terbabit sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret.

Pada prosiding semalam, laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut dibentangkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Juvana itu sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan atas dua pertuduhan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, pada 21 Jun hingga 30 Jun tahun lalu kira-kira pukul 11 malam hingga 12 malam di sebuah felda tertuduh telah melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya sendiri.

Berdasarkan pertuduhan kedua pula, juvana berkenaan mengulangi kesalahan yang sama pada waktu yang sama antara 1 September hingga 10 September tahun lalu.

Mengikut fakta kes, pada 16 Februari lalu kira-kira pukul 6.08 pagi, seorang pegawai perubatan menerima maklumat daripada kakitangan klinik kesihatan memaklumkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun telah bersalin di rumah.

Pegawai perubatan bersama kakitangan dan ambulans ke rumah tersebut dan mendapati mangsa berada di atas katil ruang tamu dan seorang bayi lelaki cukup sifat berada di dalam besen serta keadaan bayi bersama uri masih bersambung.

Pegawai perubatan telah memotong tali pusat bayi tersebut dan ambulans telah membawa mangsa dan bayi ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke hospital.

Difahamkan, kejadian berlaku di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumah ketika mangsa sedang tidur.

Mangsa telah melahirkan bayi pada 16 Februari lalu kira-kira pukul 5 pagi di dalam bilik air dengan bantuan ibu mangsa.

Mangsa melahirkan bayi dalam keadaan baik dan berat bayi 1.2 kilogram serta ditempatkan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah bagi rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI