fbpx

PM julung kali lawat Saudi mulai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan sesi lawatan rasmi buat julung kali ke Arab Saudi selama tiga hari yang bermula pada hari ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan berkenaan dilakukan atas jemputan Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohamad Salman Abdulaziz Al-Saud.

Lawatan sulung beliau ke negara itu setelah menyandang jawatan ketua kerajaan ke-10 pada akhir tahun lalu, mencerminkan hubungan istimewa dengan Arab Saudi selama ini.

“Ia memberikan peluang kepada kedua-dua negara untuk meningkatkan jalinan kerjasama dua hala bertunjangkan kepentingan bersama dalam pelbagai bidang.

“Anwar akan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selain turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta pegawai kanan kerajaan,” katanya di sini tadi.

Anwar dijadualkan mengadakan kunjungan ke atas Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud serta anakanda baginda, Mohamad sendiri.

“Semasa lawatan tersebut, Perdana Menteri turut mengadakan sesi pertemuan bersama warga perniagaan serta diaspora Malaysia yang berada di sekitar Arab Saudi.

“Negara berkenaan merupakan rakan dagang dan sumber import paling besar Malaysia dalam kalangan rantau Asia Barat dengan pada tahun lalu mencecah RM45.52 bilion,” kata Wisma Putra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI