fbpx

Murid perempuan 9 tahun maut dilanggar treler ketika balik sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Murid perempuan maut digilis treler dalam kejadian di Kampung Telok Gong, Klang hari ini.

KLANG – Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut selepas motosikal diboncengnya dilanggar treler sebelum digilis ketika perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, hari ini.

Dalam kejadian tersebut, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala adik lelakinya berusia tujuh tahun yang turut membonceng dan jiran mereka yang menunggang motosikal itu cedera ringan.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, berdasarkan maklumat awal mendapati jiran mangsa merupakan seorang wanita berusia 54 tahun sedang membawa dua beradik itu pulang dari sekolah.

Katanya, motosikal jenis Honda Dash dinaiki mereka kemudiannya dilanggar sebuah treler.

Sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 11.25 pagi.

“Sebaik tiba, didapati terdapat tiga mangsa dengan seorang daripadanya iaitu kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, dua lagi termasuk kanak-kanak lelaki cedera ringan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI