KUALA LUMPUR – Pelakon Puteri Sarah tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.
Difahamkan, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, itu ke Mahkamah Syariah bagi memfailkan hadanah. Bagaimanapun maklumat terperinci mengenai permohonan itu akan diketahui nanti.
Hadanah bermaksud penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.
Semalam Syamsul akhirnya bersuara apabila memberitahu beberapa alasan tuntutan nusyuz yang dibuat ke atas isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.
Syamsul, 39, memberitahu, antara alasan tuntutan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya adalah kerana wanita itu masih berhubung dengan bekas kekasihnya yang kini berstatus suami orang.
Sebelum ini, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4. – KOSMO! ONLINE