fbpx

Madani Coffee sasar jualan RM500,000 pada tahun pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAFIQ dan Syida bersama jenama kopi yang dikeluarkan mereka.

KUALA LUMPUR – Madani Coffee, produk kopi tiga dalam satu berperisa caramel macchiato yang baru sahaja memasuki pasaran minggu lalu menyasarkan jualan sebanyak RM500,000 pada tahun pertama.

Pengasas syarikat, Shafiq Shaheen berkata, meskipun jenamanya masih baru pihaknya yakin dengan kualiti dan khasiat diberikan, Madani Coffee mampu bersaing dengan jenama kopi yang lain.

“Madani Coffee sesuai untuk seisi keluarga terutamanya pada bulan Ramadan kerana mengandungi bahan seperti habbatussauda, gula ‘zero’ kalori sukralosa (E955), susu skim (rendah lemak), frukto oligosakarida (FOS) dan fiber, selain menggunakan biji kopi premium Arabika 100 peratus sebagai bahan utama.

“Satu lagi keunikan kopi ini adalah mengandungi garam himalaya, tetapi jangan bimbang kopi ini tidak masin,” jelasnya kepada pemberita baru-baru ini.

Tambahnya, beliau memilih untuk mengeluarkan produk kopi kerana minuman itu merupakan kegemaran rakyat Malaysia, termasuk dirinya sendiri yang merupakan seorang penggemar kopi.

“Saya suka kopi dan minum hampir setiap hari. Justeru, saya mengeluarkan produk minuman dengan rasa kopi premium tetapi pada harga mampu milik iaitu hanya RM49 sepeket,” ujarnya.

Shafiq yang juga anak kepada ‘Iron Lady’ Allahyarhamah Datuk Dr. Maznah Hamid juga mahu membantu orang ramai menjana pendapatan dengan membuka peluang untuk mereka menjadi stokis ataupun ejen Madani Coffee.

“Jadi, sesiapa saja yang ingin menjana pendapatan boleh menjadi ejen atau stokis kami dengan modal yang sangat rendah,” katanya yang menjalankan perniagaan bersama isteri, Syida Melvin.

Info lanjut, boleh hubungi 011 1149 7845 dan layari TikTok dan Instagram Madanicoffee_hq atau ke laman Facebook Madani Coffee HQ.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI