fbpx

Lapor pada tribunal jika wujud isu perumahan – Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming ketika berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Panel Of Experts (POE) KPKT siri 1/2023 Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pemilik dan pembeli rumah yang tidak berpuas hati terhadap pemaju serta kualiti projek perumahan mereka boleh membuat aduan perkara berkenaan kepada tribunal perumahan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, proses berkenaan tidak mengambil masa yang begitu lama dan berkesan selain tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap pemaju itu.

“Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati sentiasa boleh kemukakan tuntutan di tribunal yang agak mudah. Ia hanya satu salinan kertas dan tidak perlu lantik peguam dan semua tribunal akan bersidang pada setiap minggu.

“Kerajaan sentiasa memantau dan pada Januari lalu KPKT telah melantik seramai 39 orang Presiden tribunal tuntutan perumahan dan juga tribunal pengurusan strata dan kesemua kekosongan telah pun kita isikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Panel of Experts (POE) KPKT siri 1/2023 di sini hari ini.

Ujarnya, sejak dua tahun lalu, pihak tribunal telah menyelesaikan 99.52 peratus kes dengan angaran kes sebanyak 40,000 kes.

Terdahulu, terdapat keluhan oleh pembeli rumah yang tidak berpuas hati dengan sikap pemaju yang dianggap tidak bertangunggjawab terhadap isu kerosakan sesebuah projek perumahan.

Ini termasuk tindakan segelintir pemaju yang kelihatan sengaja melengahkan proses memperbaiki kecacatan projek bagi melepasi tempoh jaminan kerosakan (DLP) yang diberi tempoh selama 24 bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI