fbpx

Ira Kazar tidak hamil, kalau betul alhamdulillah – Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSUL mengesahkan isteri keduanya, Ira Kazar belum hamil seperti dakwaan sesetengah pihak.

GOMBAK – Pengarah sensasi Syamsul Yusof menafikan khabar angin yang mengatakan isteri keduanya, Ira Kazar kini sedang berbadan dua seperti yang didakwa segelintir pihak.

Syamsul atau nama lengkapnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, ketika ditemui Kosmo! Online berkata, dia hanya mengetahui tentang khabar angin tersebut apabila ditanya beberapa individu termasuk bapanya, iaitu pengarah Yusof Haslam.

“Kehidupan pagi saya seperti biasa, sarapan pagi minum teh tarik dan makan nasi lemak. Tiba-tiba timbul pula cerita mengatakan dia (Ira Kazar) hamil. Ramai yang bertanya pada saya.

“Agak terkejut sebenarnya sebab saya tidak tahu apa-apa. Tapi kalau betul mengandung, alhamdulillah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu lagi, dia sendiri akan membuat pengumuman jika benar isteri keduanya itu disahkan berbadan dua suatu hari nanti.

“Benda tidak ada. Kalau mengandung, saya akan beritahu. Sekarang ini orang nak bercakap, saya nak buat macam mana? Alhamdulillah sahajalah,” ujarnya semasa ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam.

Ketika disoal sama ada dia mampu untuk menjadi suami kepada dua orang wanita buat masa ini, Syamsul memohon untuk mendoakan perkara yang baik-baik buat dirinya.

“Doakanlah yang baik-baik. Saya pun berdoa supaya boleh menjadi suami yang baik dan adil. Orang kata berkahwin pun salah satu jalan untuk bertaubat. Allah SWT yang akan menghakimi kita, bukan umum (masyarakat),” katanya sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.

Terdahulu, kisah rumah tangga antara Syamsul dan isteri pertamanya iaitu pelakon, Puteri Sarah Liyana menjadi bualan hangat ramai selepas wanita itu mendedahkan diganggu oleh orang ketiga (Ira Kazar).

Kemelut rumah tangga mereka semakin memuncak apabila Syamsul mendedahkan sudah bernikah di dengan Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu pelakon senior, Kazar Saisi.

Pendedahan tersebut mengundang reaksi negatif daripada orang ramai termasuk ibu bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail yang tidak merestui perkahwinan kedua anak sulungnya itu.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI