fbpx

Ibu perlu sumbangan rawat anak hidap kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ermadiana (kanan) menemani anaknya, Muhammad Syahir di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini.

JERANTUT – Seorang ibu tidak menyangka sakit perut yang dialami anaknya merupakan permulaan detik hitam dalam hidupnya apabila anak kedua daripada lima beradik itu menderita kanser testis tahap empat.

Ermadiana Apwa, 44, yang merupakan peniaga murtabak terpaksa melupakan hasratnya mencari rezeki di bulan Ramadan ini apabila terpaksa menjaga anaknya, Muhammad Syahir Mohd. Shahrul, 22.

Ermadiana yang tinggal di Felda Kota Gelanggi Dua di sini berkata, anaknya itu kini me­nerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur sejak awal bulan ini.

“Doktor memberitahu, kanser sudah menular ke paru-paru dan pada bulan ini, dia dijangka menjalani pembedahan bagi membuang telur dijangkiti kan­ser,” katanya di sini semalam.

Menceritakan penyakit Muhammad Syahir, Ermadiana berkata, pada mula anaknya mengadu berasa sakit di bahagian perut ketika dia bersama rakannya menyertai aktiviti tabligh selama 40 hari November lalu.

Katanya, dia membawa anaknya ke klinik berhampiran sebelum doktor menyatakan kemungkinan batu karang, tetapi kesihatan anaknya terus terganggu serta tidak berselera makan.

“Sekali lagi, dia menjalani pemeriksaan di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh. Barulah dapat keputusan penyakit yang dihidapi sekarang,” katanya.

Ujarnya, sudah empat bulan dia membawa anaknya berulang-alik ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) 14 Februari lalu.

“Saya dimaklumkan kos pembedahan agak tinggi. Sebelum ini kami sudah berbelanja hampir RM6,000 untuk rawatan Muhammad Syahir,” katanya.

Tambahnya, dia sudah tidak mampu untuk membiayai per­belanjaan rawatan anaknya kerana sudah empat bulan tidak berniaga.

“Anak saya minum susu khas dan menggunakan lampin yang menelan belanja bulanan kira-kira RM800.

“Saya merayu pihak berkaitan dan dermawan dapat membantu meringankan beban kewangan kami,” katanya.

Sesiapa yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun RHB Bank Ermadiana bernombor 10604900248437 atau menghubungi talian 011-6106 2316.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI