fbpx

Guru rakam swafoto sebelum bunuh teman lelaki curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beal merakam swafoto dalam bilik tidur sebelum membunuh teman lelakinya di Northampton, England pada tahun lalu. - Foto Northamptonshire Police/SWNS

LONDON – Seorang guru sekolah rendah di Britain sempat merakam swafoto dalam bilik tidurnya selepas membunuh teman lelakinya yang curang dan menanam mayat mangsa di sebuah taman, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

Fiona Beal, dituduh menikam Nicholas Billingham, 42, di bilik tidur mereka pada November 2021 sebelum membungkus mayatnya menggunakan beg sampah dan permaidani serta menanamnya.

Mahkamah Diraja Northampton turut ditunjukkan dengan beberapa gambar yang dirakam wanita berusia 49 tahun itu di dalam bilik tidurnya.

Salah satu imej itu menunjukkan Beal memakai baju panas berwarna hitam serta tersenyum ketika dia berdiri di sebelah katil.

Sepupu Billingham, James Smith memberitahu mahkamah bahawa lelaki itu seorang kaki judi dan hubungannya dengan Beal telah menjadi renggang.

“Nick (Billingham) pernah berkata sebelum ini bahawa dia tertekan dan berasa ingin membunuh diri,” katanya.

Beal sementara itu mengaku membunuh teman lelakinya di rumah mereka tetapi menafikan dia bertindak demikian kerana keadaan fikirannya pada masa itu.

Perbicaraan itu akan diteruskan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI