PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap enam negeri sehingga pukul 6 petang ini.
MetMalaysia menerusi laman Facebooknya berkata, ribut petir dijangka di negeri Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu) manakala Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
Sementara itu, hujan lebat diramal di Pahang (Tanah Tinggi Cameron) dan Selangor (Hulu Selangor).
Katanya, angin kencang turut dijangka di negeri Johor (Segamat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Seterusnya, bagi Sarawak, kawasan terlibat adalah di sekitar Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Miri (Beluru dan Marudi).
Jelasnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. -KOSMO! ONLINE