fbpx

Ebit Lew sebak jumpa Muhammad Mikhael

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit bersama Mikhael dan ibunya.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas dan aktivis masyarakat terkenal, Ebit Lew mengambil peluang bersua muka bersama Muhammad Mikhael Sathayah dan ibunya.

Muhammad Mikhael Sathayah atau lebih dikenali sebagai ‘Muka Gangster’ yang sebelum ini tular apabila berpenampilan seperti gengster, tetapi sebenarnya seorang yang sangat menyayangi ibunya telah berkongsi memeluk agama Islam.

Menerusi satu hantaran di Facebook, kelihatan Mikhael yang berpelukan erat bersama Ebit dalam pertemuan yang berlangsung di kediamannya baru-baru ini.

“Terharu sebak mendengar kisah di TikTok Muka Gangster tentang kasih sayang ibu kepada anaknya masuk Islam.

“Dekat Ramadan ni makin kuat rindu mak ayah. Buat yang masih ada mak ayah, hargai dan sayangilah” kata Ebit.

Dalam pada itu, Ebit juga sempat menghadiahkan sehelai jubah dan juga selendang kepada Mikhael sebagai tanda mengagumi kasih sayang ibunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai memberikan sokongan dan turut mendoakan ibu kepada Mikhael diberikan hidayah.

“Ya Allah berilah hidayah kepada makcik tu sekali biar mereka sama-sama kesyurgamu,” kata Gira Azira.

“Walaupun saya bangsa Iban dari Sarawak, agama Kristian. Saya memang terharu dengan Ebit lew kerana banyak membawa orang ke jalan yang betul,” ujar Philip.

“Abang ni hebat sebab muliakan mak dia. Maknya pun hebat walaupun berlainan agama tetap bersama dia,” jelas Farah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI