fbpx

Belanja teman wanita, beli motosikal guna duit curi tabung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAMRY (tengah) menunjukkan lapan tabung derma yang dicuri oleh suspek lelaki warga tempatan di beberapa premis perniagaaan di sekitar Segamat.

SEGAMAT – Polis menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam lima siri kejadian melarikan lapan tabung derma di premis perniagaan di sekitar Segamat, di sini sejak 4 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, penahanan suspek berusia 51 tahun itu dilakukan di Jalan Aji di sini kira-kira pukul 3 pagi, semalam.

“Kecurian lapan tabung masjid, surau dan anak yatim dan pembinaan pusat tahfiz berkenaan dilaporkan sejak 4 Januari sehingga 20 Mac lalu. Lima pemilik premis mendapati tabung plastik yang diletakkan di atas kaunter sudah tiada keesokkan harinya dan terus memaklumkan pada pihak polis.

“Pemeriksaan terhadap rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berhampiran menunjukkan seorang individu disyaki lelaki mengambil dan membawa pergi tabung berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zamry berkata, polis turut merampas beg galas hitam, sebilah pisau ala rambo,  wang tunai sebanyak RM300 dan siasatan juga menjumpai lapan tabung berkenaan yang dicuri.

Menurut beliau, suspek mengaku mencuri tabung berkenaan dan menggunakan wang tersebut untuk berlibur, menghadiahkan minyak wangi berjenama untuk beberapa individu dipercayai teman wanitanya, membeli sebuah motosikal, membeli makanan dan menambah nilai telefon bimbit.

“Kita juga mendapati suspek memecah mangga pintu lima premis berkenaan sebelum mengambil, membuka wang tabung menggunakan pisau ala rambo dan sebahagian tabung dibawa pulang ke rumahnya,” katanya.

Suspek yang masih bujang warga tempatan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu direman selama tujuh hari sehingga 27 Mac, manakala ujian saringan air kencingnya didapati negatif dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI