fbpx

Bapa tembak mati bekas kekasih anak perempuan kaki pukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian bapa tembak bekas teman lelaki anak perempuannya berlaku di Apartmen Polos, Florida pada Sabtu lalu. - Foto Google Maps

GAINESVILLE, Florida – Seorang bapa dari negeri Florida, Amerika Syarikat menembak mati bekas teman lelaki anak perempuannya selepas mangsa didakwa menyerang gadis tersebut di pangsapuri miliknya Sabtu lalu, lapor akhbar  New York Post semalam. 

Polis bandar Gainesville bertindak balas terhadap satu insiden pergaduhan domestik di sebuah blok apartmen dan mendapati bekas teman lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu telah berada dalam unit kediaman wanita berkenaan.

Lelaki itu dilaporkan menyerang wanita berkenaan secara fizikal, kata satu kenyataan polis.

Bapa wanita tersebut kemudian datang ke apartmen itu, selain bekas teman lelakinya juga kembali ke kediaman berkenaan pada masa sama, kata polis.

Bagaimanapun, bapa wanita itu melepaskan satu das tembakan menggunakan pistol yang mengenai dada bekas teman lelakinya sebelum mangsa melarikan diri.

Pegawai polis kemudian mengejar mangsa sebelum mendapati dia berada dalam keadaan cedera parah berhampiran keretanya.

Mangsa disahkan mati oleh anggota-anggota Perkhidmatan Perubatan Kecemasan walaupun terdapat usaha memberikan bantuan pernafasan kepadanya, kata pihak berkuasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI