fbpx

Anwar, Azizah ucap selamat berpuasa, seru umat Islam angkat nilai kesederhanaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) bersama Wan Azizah ketika melaksanakan ibadah umrah di Mekah, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook berkata, semoga kelebihan madrasah Ramadan tahun ini akan mengangkat martabat dan harakat insan dari sudut akhlak serta integriti.

“Mari bersama kita berdoa sambil meningkatkan usaha mencapai berkah-Nya sepanjang bulan ini.

“Dari Tanah Suci saya dan Azizah mendoakan Malaysia akan terus makmur, sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut mengajak semua unat Islam untuk menyebarkan mesej bulan Ramadan yang mengangkat nilai kesederhanaan dan kemanusiaan merentasi sempadan agama.

“Marilah kita menyemarak amal jariah dan kasih kepada golongan yang kurang berkemampuan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI