SEMBILAN tahun bergelar janda dan membesarkan anaknya, Balqis Khumairah Razak seorang diri, penyanyi Ayu Ting Ting mengakui selesa dengan kehidupan yang dilaluinya kini.
Malah bapanya, Abdul Rozak tidak mahu Ayu memilih pasangan sembarangan kerana enggan penyanyi itu tersalah pilih calon suami.
“Kalau kami pastinya sangat memilih, biarlah kali ini dia dapat pasangan yang baik dan sesuai.
“Harus sayang dengan keluarga, khususnya sama anaknya Balqis. Dia sudah tahu mana lelaki yang baik atau tidak untuk ibunya,” ujarnya.
Tambah Abdul Rozak, Balqis, 11, memiliki kata hati yang tepat untuk calon ayahnya. Jika ada lelaki yang mendekati ibunya, dia akan memberikan pendapat.
Untuk rekod, Ayu berkahwin dengan Henry Baskoro Hendarso pada 4 Julai 2013, namun bercerai enam bulan kemudian.
Mereka dikurniakan Balqis pada 28 Disember 2013.