fbpx

ABM bimbang prestasi Jun Hao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN HAO berdepan prestasi tidak menentu ketika dia bakal menjadi sandaran negara pada Sukan SEA Kemboja nanti.

AKSI kurang memberangsangkan ditunjukkan perseorangan lelaki kebangsaan, Leong Jun Hao pada saingan musim ini mula menghadirkan kebimbangan buat Akademi Badminton Malaysia (ABM) menjelang temasya Sukan SEA Kemboja 2023 Mei depan.

Terbaharu, pemain yang di­letakkan sebagai prospek pingat pada temasya dwitahunan itu nanti tersingkir seawal pusingan pertama ketika menyertai Kejohanan Badminton China Masters di Ruichang.

Pada perlawanan tersebut, Jun Hao yang juga bekas juara remaja Asia berdepan tenta­ngan cukup sengit daripada pemain tidak ternama, Dong Tian Yao sebelum tewas 21-19, 17-21, 14-21.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan ABM, Wong Choong Hann tanpa berselindung meng­akui, beliau risau dengan prestasi terumbang-ambing yang ditunjukkan anak buahnya itu sepanjang saingan musim ini.

“Memang (prestasi Jun Hao) agak merisaukan kerana program serta corak latihan 80 hingga 90 peratus hampir sama untuk semua pemain. Kita juga ada buat latihan spesifik untuk setiap pemain berdasarkan keunikan dimiliki.

“Bagaimanapun, latihan itu nampaknya tidak cukup berhasil sejak dia (Jun Hao) bermain baik pada penghujung tahun lepas. Tahun ini belum nampak rentak, tetapi kita akan cuba untuk bantu dia,” katanya.

Untuk rekod, pemain No. 71 dunia itu memiliki reputasi cukup bagus tahun lalu apabila muncul juara Indonesia Masters selain menamatkan aksi Terbuka Poland, Kejohanan Antarabangsa (IC) Indonesia serta IC Malaysia di suku akhir.

Mengulas aksi Jun Hao di China Masters, Choong Hann berkata, keputusan itu tidak seperti diharapkan ABM, tetapi beliau percaya, ia mampu membantu pihaknya mengesan setiap kelemahan yang ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI