fbpx

Tujuh beranak tidak lagi bergelap sambut Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azizi (kanan) menyampaikan set generator kepada Rusmawaty (tengah) di Kampung Baru, Gua Musang kelmarin.

GUA MUSANG – Nasib tujuh sekeluarga yang tinggal tanpa bekalan elektrik selama empat tahun di Kampung Baru di sini, mendapat perhatian apabila menerima sumbangan set generator untuk kegunaan harian.

Rusmawaty, 35, berkata, dia bersyukur kerana kesusahan keluarganya mendapat perhatian pelbagai pihak dan menyifatkan kehidupannya bersama ahli ­keluarga pada bulan Ramadan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.

“Kami sekeluarga gembira dan hanya Tuhan sahaja dapat membalas jasa semua pihak yang tampil membantu.

“Kami menganggap ini adalah rezeki bulan Ramadan yang akan disambut beberapa hari lagi. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyalurkan bantuan kewangan dan barangan makanan kepada kami,” katanya.

Terdahulu, keluarga Rusma­waty menerima kunjungan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim yang menyampaikan sumbangan set generator, barangan makanan serta ­keperluan sekolah kepada anaknya.

Sementara itu, Mohd. Azizi berkata, pihaknya akan membawa masalah yang dihadapi Rusmawaty kepada agensi terlibat bagi membolehkan keluarga berkenaan mendapat bantuan rumah kekal dan selesa.

“Terima kasih kepada pihak media yang menyiarkan kisah keluarga ini dan seterusnya kami dapat mengambil tindakan lanjut untuk membantu mereka termasuk kediaman lebih baik,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI