fbpx

Syamsul Yusof fail nusyuz, dakwa Puteri Sarah curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSUL membuat empat tuntutan terhadap Sarah antaranya nusyuz kerana mendakwa isterinya itu berlaku curang dengan bekas kekasih.

GOMBAK – Pengarah kontroversi Syamsul Yusof akhirnya bersuara apabila memberitahu beberapa alasan tuntutan nusyuz yang dibuat ke atas isterinya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini hari ini.

Syamsul, 39, yang ditemui Kosmo! Online di perkarangan mahkamah memberitahu, antara alasan tuntutan nusyuz yang difailkan terhadap Sarah adalah kerana wanita itu masih berhubung dengan bekas kekasihnya yang kini berstatus suami orang.

“Selama ini apa yang berlaku ke atas rumah tangga, saya banyak diam. Rasa tak elok nak kongsi hal ini kepada umum.

“Saya sudah memendam rasa sebagai suami. Dalam dunia ini, tiada suami yang boleh terima apabila isterinya curang dengan suami orang lain. Saya tahu Sarah masih berhubung dengan bekas kekasihnya sewaktu di zaman kolej lagi,” dedah Syamsul.

Kata pemilik nama lengkap Mohd. Syamsul Mohd. Yusof itu lagi, dia turut terkejut apabila Sarah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah apabila menuduh dia melakukan kekasaran terhadapnya (memukul).

“Saya terkejut apabila Sarah menuduh saya telah memukulnya. Itu adalah fitnah. Mungkin Sarah marah dan benci dengan saya.

“Kesilapan saya mungkin sebab saya diam sehingga ibu bapa saya juga menghentam saya. Saya bukan hendak membalas Sarah, tetapi orang perlu tahu hal yang sebenar,” kata Syamsul.

Sementara itu, peguamnya Azmi Mohd. Rais memberitahu, pihaknya akan menyerahkan tuntutan nusyuz ke atas Sarah dalam masa terdekat.

Ketika disoal media antara tuntutan nusyuz yang dibuat, Azmi memberitahu terdapat empat jenis tuntutan yang dinyatakan Syamsul.

“Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz ke atas Sarah membabitkan beberapa alasan. Antaranya meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020.

“Kedua masih menghubungi bekas kekasihnya. Alasan ketiga kerana enggan mematuhi notis nusyuz dan keempat membuat kenyataan fitnah apabila dituduh memukul dan tidak memberi nafkah kepada isterinya,” kata Azmi.

Tarikh sebutan semula kes tuntutan nusyuz Syamsul terhadap Sarah akan disambung semula pada 6 April depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI