fbpx

Rezeki patin, juara bawa pulang RM6,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Azhan (empat dari kiri), bergambar bersama para pemenang PJ Joran 2023 di Petaling Jaya, Ahad lalu.

PETALING JAYA – Seorang pemancing dinobatkan juara pada pertandingan memancing PJ Joran 2023 bagi tahun ke-5 di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, di sini, Ahad lalu.

Patin seberat 5.72 kilogram (kg) berjaya dinaikkan oleh Shahrizal Yusri, 45 dari Semenyih atau lebih dikenali sebagai Tok Dalang pada jam 12.02 tengahari sekaligus membawa pulang wang berjumlah RM6,000 dan Piala Datuk Bandar, MBPJ dan menewaskan hampir 700 peserta yang hadir.

Shahrizal (kanan) berjaya menaikkan spesis patin dan akhirnya dinobat juara PJ Joran 2023, Ahad lalu.

Shahrizal berkata, hadiah kemenangan itu akan dikongsi bersama keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa menyokong minatnya dengan hanya menggunakan umpan cacing ketika menaikkan ikan patin selama 10 minit.

“Kemenangan awal ramadan yang bakal tiba. Saya sangat bersyukur. Ini hadiah buat keluarga saya selain berkongsi kemenangan bersama keluarga dan kawan-kawan.

“Selama lima tahun beliau mengikuti pertandingan memancing anjuran MBPJ, dan beliau berkarap PJ Joran ini dapat diteruskan lagi pada tahun depan selain merapatkan silaturahim sesama kaki pancing,” katanya.

Manakala bagi kategori khas ikan keli, juara dimenangi oleh Badrom seberat 1.01kg membawa pulang hadiah wang tunai RM300.

Dalam pada itu, Datuk Bandar, Mohamad Azhan Md Amir berkata, beliau berbangga dengan penyertaan peserta dari seluruh negara, antaranya Melaka, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor amnya selain kehadiran keluarga yang memeriahkan PJ Joran tahun ini.

“Pertandingan ini juga bertujuan memperkenalkan taman tasik rekreasi yang boleh dimanfaatkan warga Petaling Jaya dengan aktiviti sihat.

“Lebih 200 ekor pelbagai spesis berjaya dinaikkan oleh kaki pancing kali ini antaranya Patin, Keli, Ketutu, Puyu, Peacock Bass dan Talapia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI