LONDON – Jongkong emas bernilai lebih £4 juta (RM21.95 juta) dirampas oleh pihak berkuasa Britain, lapor portal berita Daily Star semalam.
Kesemua jongkong tersebut yang antaranya berbentuk seperti hati manusia dan silinder, disyaki milik kartel kokain Amerika Selatan. Ia dirampas di Lapangan Terbang Heathrow, London.
Menurut portal berita The Mirror, rampasan dilakukan oleh pasukan sempadan Britain hasil UK maklumat risikan Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA).
Jongkong-jongkong emas itu dalam perjalanan dari Venezuela ke Switzerland melalui Kepulauan Cayman di Laut Caribbean dan apabila pesawat membawanya melakukan transit di London.
Ia diangkut ke Switzerland melalui Heathrow setelah dihantar ke Kepulauan Cayman dengan jet peribadi yang tiba dari Venezuela.
Pegawai-pegawai NCA berhubung rapat dengan pihak berkuasa di Kepulauan Cayman untuk membuktikan jejak dokumen palsu telah dibuat untuk menyembunyikan asal usul jongkong tersebut yang sebenarnya berasal dari Venezuela dan milik kartel dadah. – AGENSI