fbpx

PM harap pengkritik faham keterbatasan KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau memahami keresahan pencarum yang mempersoalkan mengapa mereka tidak boleh menggunakan wang mereka sendiri dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau yang juga Menteri Kewangan berharap para pengkritik isu tersebut memahami terdapat keterbatasan dalam memberi kelulusan kepada pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka berdasarkan tujuan asal penubuhan KWSP.

“Kita tahu (isu pengeluaran wang KWSP) ini diangkat dan saya terima ada juga keresahan kerana pandangan mereka wang mereka mengapa tidak boleh mereka digunakan, tetapi kita terikat juga kepada ‘setup’ KWSP itu bukan pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB).

“Ini KWSP memang dalam akad kita jelas untuk hari tua. Jadi ada ‘fatwa-fatwa’ yang jelas dalam hal ini umpamanya tidak dikenakan cukai, malah dalam beberapa konteks beberapa kemudahan tambahan diberi kepada pencarum.

“Saya terima baik ada beberapa teguran, tetapi saya harap mereka faham bahawa ada keterbatasan. Saya boleh (sahaja) setuju, tetapi saya bimbang tentang empat atau lima tahun akan datang dengan (simpanan cuma) RM4,000 atau RM10,000 masa depan keluarga (pencarum) tentunya sukar. itu sebab kita ambil keputusan sedemikian (tidak benarkan pengeluaran wang KWSP),” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mengemukakan soalan tambahan apakah kesatuan sekerja bersetuju atau tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan supaya pencarum membuat pinjaman dengan cagaran wang KWSP.

Dalam pada itu, Anwar meminta semua pihak memahami bahawa kelulusan pengeluaran wang KWSP bukan satu-satunya tindakan yang dapat membantu rakyat, sebaliknya kerajaan mengambil pelbagai langkah meringankan beban mereka termasuk bantuan berasingan kepada golongan pekerja, pekebun dan pesawah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI