fbpx

Piala FA: Insiden kad merah bantu Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES meledak dua gol ketika United mengesahkan tempat untuk saingan separuh akhir Piala FA selepas berjaya menewaskan Fulham awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag mengakui pasukannya itu sepatutnya mampu memberikan aksi yang lebih baik ketika menentang Fulham pada aksi suku akhir di Old Trafford awal pagi semalam.

United menempah slot separuh akhir saingan berkenaan selepas mencatat kemenangan 3-1 biarpun mereka ketinggalan de­ngan jaringan Aleksandar Mitrovic, namun Ten Hag menyifatkan penjaga golnya, David De Gea sebagai pemain yang menghidupkan peluang pasukan itu.

Aksi berkenaan juga diwarnai drama kad merah apabila dua pemain Fulham, Willian dilayangkan kad merah kerana menampan bola dengan tangan dalam kotak penalti, manakala Mitrovic turut dibuang padang kerana membantah keputusan pengadil.

Selain itu, Pengurus Fulham, Marco Silva juga turut menerima nasib yang sama apabila diarah meninggalkan kawasan teknikal kerana provokasi terhadap pengadil perlawanan sebelum United bangkit menerusi dua gol Bruno Fernandes dan Marcel Sabitzer.

“Kami sepatutnya bermain dengan lebih baik dari aspek penguasaan perlawanan. Kami berada dalam tekanan, memberikan mereka beberapa set-piece dan kemudiannya kami bolos. David banyak membantu menghidupkan peluang kami apabila melakukan aksi penyelamatan penting.

“Saya juga berpuas hati de­ngan aksi dipamerkan Antony dan Jadon Sancho kerana mereka berjaya mengubah transisi serangan dengan pantas. Mengenai sepakan penalti, pada saya ia adalah jelas dan pengadil membuat keputusan yang betul,” jelasnya.

United akan turun berdepan Brighton untuk aksi separuh ­akhir nanti sementara satu lagi perlawanan menyaksikan Sheffield United bakal berdepan cabaran getir menentang Manchester City. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI