fbpx

Piala FA: Fulham malang diadili Kavanagh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MITROVIC dilayangkan kad merah selepas tindakannya mengasari Kavanagh ketika Fulham tewas menentang United awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Fulham, Marco Silva menyifatkan skuad kendaliannya sentiasa menerima layanan tidak adil setiap kali Chris Kavanagh ditugaskan menjadi pengadil perlawanan melibatkan pasukan itu.

Pada aksi suku akhir Piala FA menentang Manchester United awal pagi semalam, Fulham terpaksa akur tewas 1-3 selepas mereka terpaksa beraksi dengan sembilan pemain ekoran laya­ngan kad merah untuk Willian dan Aleksandar Mitrovic, selain Silva juga turut menerima nasib yang sama.

Fulham berjaya mendahului perlawanan menerusi jaringan Mitrovic pada awal babak kedua dan dilihat mampu memberikan kesukaran buat United sebelum tempoh 20 minit terakhir perlawanan mengubah nasib mereka ekoran insiden berkenaan.

Silva mengakui bahawa beberapa keputusan Kavanagh melibatkan aksi Fulham sangat mengecewakan terutama apabila mereka turut melaluinya ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang West Ham United dan Leeds United di Piala FA.

“Sukar untuk difahami. Malang buat kami setiap kali Chris Kavanagh menjadi pengadil untuk aksi pasukan ini, banyak kali berlaku sepanjang musim ini.

“Chris menjadi pengadil ketika kami menentang West Ham di mana kami tewas sedangkan terdapat dua insiden bola terkena tangan pemain lawan dalam kotak penalti. Kami menerima permohonan maaf ekoran insiden berkenaan.

“Kemudiannya aksi menentang Leeds, perkara yang sama berlaku dan perlawanan kali ini melibatkan Chris sekali lagi,” jelasnya.

Silva turut tidak gembira apabila pengadil gagal mendapatkan pengesahan daripada Video Bantuan Pengadil ketika Mitrovic dikasari oleh Luke Shaw dalam kotak penalti

Beliau juga mengakui kecewa kerana dilayangkan kad merah berkenaan dan mendakwa tidak mengeluarkan sebarang kata-kata kesat kepada pengadil.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI