fbpx

Penduduk tuntut permohonan pemilikan tanah adat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamuddin (tiga dari kiri) bersama Jerry (dua dari kiri) ketika bertemu Bernard (kanan) di hadapan pintu pagar utama bangunan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah di Kota Kinabalu. Foto oleh IVAN AMIRUL/ KOSMO!

KOTA KINABALU – Memohon penjelasan berkaitan Geran Komunal bagi enam kampung di daerah Nabawan yang dibatalkan antara isu di ketengahkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dalam pertemuan bersama Jabatan Tanah dan Ukur Sabah hari ini.

Kesemua kampung terlibat adalah Kampung Koyoon, Kainggalan, Tonomon, Kukuamas, Bigor dan Bukokoh.

Selain itu, pihak penduduk yang turut berarak kira-kira 500 meter ke pintu pagar utama bangunan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah turut menginginkan penjelasan mengenai isu pembatalan permohonan tanpa sebab bagi tanah di Kampung Madai Baturung, Kunak.

Disertai 500 penduduk dari lapan kampung di tiga daerah, MHO serta penduduk turut menuntut bagi mengetahui status permohonan tanah di Kampung Montoki, Ranau.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, perarakan dan pertemuan itu diadakan adalah bertujuan untuk menghantar surat memohon penjelasan berkaitan semua isu melibat kampung-kampung di tiga daerah berkenaan.

“Surat-surat juga sudah diserahkan terus kepada beliau dan kita memberi masa dalam tempoh 14 hari untuk pihaknya menyatakan jawapan serta penjelasan dan beliau bersetuju untuk membuat jawapan bertulis selain mahu turun di kawasan kampung,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghantar surat memohon penjelasan dari Jabatan Tanah dan Ukur Sabah hari ini.

Dalam pada itu, Hishamuddin menegaskan pihaknya bakal membawa perkara sama ke peringkat lebih tinggi temasuklah bertemu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Bernard Liew Chau Min memaklumkan beliau sendiri pada bulan Ramadan nanti bakal turun bagi mengaturkan perjumpaan dengan penduduk untuk memberikan penjelasan tentang kes-kes yang dinyatakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI