fbpx

Mayat buruh lemas dijumpai lepas 30 jam hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat ke tebing sungai sebelum dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan untuk proses bedah siasat pagi tadi. - IHSAN POLIS

KUALA KRAI – Mayat seorang buruh yang lemas semasa mandi bersama rakannya di Sungai Lebir, Manek Urai di sini kelmarin ditemui dalam keadaan terapung di kawasan sungai tersebut selepas lebih 30 jam hilang.

Mangsa, Mohd. Zulkifli Salleh, 31, dijumpai kira-kira 1.2 kilometer dari lokasi dia mandi selepas memancing bersama tiga rakannya oleh pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota polis dan bomba kira-kira pukul 7.24 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, mayat mangsa yang berasal dari Kampung Slor Machang, Sungai Sak di sini ditemui terapung di bahagian sebelah kiri sungai berkenaan.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke darat sebelum proses pengecaman dilakukan oleh keluarga mangsa.

“Mayat Mohd. Zulkifli dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk dibedah siasat dan operasi mencari mangsa ditamatkan pada pukul 7.50 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, kegembiraan empat sahabat memancing di Sungai Lebir, Manek Urai di sini berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas semasa mandi di sungai itu petang Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI