fbpx

Madoo Bee sasar jual 150,000 kotak madu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIK AFIQ MUHAIMIN (dari kiri), Muhammad Kamal dan Ahmad Najib Ismail menunjukkan sekotak Madoo Bee yang mengandungi 30 stik madu pada Majlis Perasmian Madoo Bee HQ di Wakaf Che Yeh kelmarin.

KOTA BHARU – Syarikat pengeluar madu lebah milik bumiputera, Madoo Bee Marketing Sdn. Bhd. (Madoo Bee) menyasarkan jualan sebanyak 150,000 kotak madu lebah sepanjang tahun ini.

Pengasasnya, Nik Afiq Muhaimin Sarmidi, 25, berkata, syarikat yang bermula pada September tahun lalu itu tercetus hasil gabungan idea bersama dua rakannya, Muhammad Kamal Azmi Mohd. Rasdin, 32, dan Ahmad Najib Ismail, 38.

Menurutnya, produk madu lebah asli keluaran Madoo Bee dihasilkan dengan tambahan perisa lemon dan bawang putih untuk menambah kha­siatnya.

“Kebanyakan pelanggan Madoo Bee terdiri daripada golo­ngan yang prihatin terhadap kesihatan apabila kami menggabungkan tiga bahan semula jadi iaitu madu, lemon dan bawang putih dalam satu produk.

“Sekotak Madoo Bee me­ngandungi 30 stik madu yang dijual pada harga RM139.90. Pembungkusan sebegini memudahkan pengguna membawa madu ke mana-mana sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Madoo Bee HQ di Wakaf Che Yeh, di sini kelmarin.

Mengulas lanjut, Nik Afiq Muhaimin memberitahu, visi utama Madoo Bee adalah untuk berkongsi rezeki dengan melahirkan lebih ramai usahawan seluruh negara yang bernaung di bawah syarikat itu.

Tambahnya, Madoo Bee ketika ini mempunyai 10 stokis dari Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kami menyasarkan untuk memiliki stokis dan ejen di seluruh negara. Peluang ini terbuka kepada orang ramai yang berminat menjadi usahawan.

“Madoo Bee akan membantu usahawan dalam memasarkan produk dengan bimbingan secara bersemuka dan menerusi dalam talian,” katanya.

Mereka yang berminat untuk bergelar usahawan Madoo Bee boleh mendaftar menerusi semua platform media sosial Madoo Bee atau hubungi talian 013-745 6716.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI