fbpx

Lelaki dicurangi kekasih terima wang Dana Insurans Patah Hati RM1,354

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prateek menerima wang pampasan tersebut selepas teman wanitanya curang kepadanya. – Getty Images

NEW DELHI – Seorang lelaki di India menerima wang pampasan berjumlah 25,000 rupee (RM1,354) selepas teman wanitanya berlakunya curang kepadanya, lapor laman berita Newsd.

Berdasarkan perkongsian di laman Twitter, lelaki bernama Prateek Aaryan itu berkata, ganti rugi tersebut diterima hasil daripada perjanjian yang dibuat antara dia dan  bekas teman wanitanya ketika mereka baru memulakan hubungan cinta.

“Disebabkan teman wanita curang kepada saya, saya menerima ganti rugi 25,000 rupee (RM1,354). 

“Ketika hubungan kami bermula, kami menyimpan wang sebanyak 500 rupee (RM27.70) setiap seorang pada  setiap bulan yang didepositkan ke dalam  sebuah akaun bank. 

“Kami membuat perjanjian bahawa sekiranya  sesiapa antara kami yang berlaku curang di kemudian hari, pihak satu lagi  boleh mengambil semua wang tabungan tersebut. Ia dinamakan ‘Dana Insurans Patah Hati’,”  kata Prateek menerusi hantarannya.

Tambah Prateek, ramai wanita tidak mempercayai bahawa wang tabungan seperti itu memberi manfaat kepada sesebuah hubungan.

“Tabung ini khas untuk mereka yang setia sahaja,” katanya.

Hantaran itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pendapat masing-masing.

“Ini adalah idea paling bijak yang saya pernah dengar,” kata seorang pengguna media sosial.

“Siapa cakap cinta tak memandang polisi bayaran balik?” komen pengguna lain. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI