fbpx

Kempen Ramadan Anugerah Terindah tawar lebih 1,000 hadiah menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancaran 'Kempen Ramadan Anugerah Terindah' yang akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan ini.

PETALING JAYA – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menawarkan lebih 1,000 hadiah menarik khas buat pembayar zakat menerusi Kempen Ramadan Anugerah Terindah.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah pakej Umrah, set solat eksklusif, Jam Buruj, telefon pintar, iPad dan baucar makanan.

PPZ-MAIWP dalam kenyataan berkata, kempen tersebut bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan ibadah zakat.

“Kita ingin mengajak pembayar zakat dan asnaf menjadikan Ramadan kali ini paling indah dengan kasih sayang sesama insan melalui kongsi rezeki dan meringankan beban mereka memerlukan.

“Dalam kempen ini, saluran bayaran untuk orang ramai berwakaf disediakan dan mulai Disember lepas juga kami telah diberi kuasa untuk mengutip wakaf di Wilayah Persekutuan.

“Mereka yang menunaikan zakat harta, fitrah dan wakaf tunai di PPZ-MAIWP melalui saluran bayaran yang disediakan, akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah tersebut,” katanya hari ini.

Tambah PPZ-MAIWP, pelbagai program turut dijalankan sepanjang Ramadan seperti Vibe Ramadan Tadabbur AI-Quran, Bual Bicara, Program Turun Padang, Doa Senjata Mukmin dan Kuiz Interaktif Zakat serta banyak lagi pengisian ilmiah telah disediakan.

“Kami harap semua masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan dapat menunaikan zakat untuk mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5 peratus,” ujarnya.

Antara perkhidmatan dan saluran bayaran sepanjang Ramadan bagi menunaikan kewajipan zakat fitrah adalah Portal PPZ-MAIWP (fitrah.zakat.com.my), Amil Fitrah dan Ejen-ejen online kutipan PPZ-MAIWP.

Saluran bayaran zakat harta juga boleh dilakukan di Kaunter PPZ-MAIWP, Portal zakat.com.my, Aplikasi MyZakat, Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) dan Door To Door (Kaunter Zakat Bergerak), Ride2U & Kaunter Zakat Digital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI