fbpx

Johor alami kepadatan pelajar, 22 kelas tingkatan 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORLIZA ketika ditemui pemberita pada Persidangan DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Johor hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri akui wujud masalah kepadatan jumlah pelajar yang direkodkan di beberapa buah sekolah di negeri ini, khususnya melibatkan kawasan-kawasan bandar.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Norliza Noh berkata, antara kawasan terbabit adalah Johor Bahru, Pasir Gudang, Iskandar Puteri dan Skudai.

“Sebagai contoh, semasa pendaftaran kelas tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai, terdapat sehingga 22 buah kelas untuk pelajar tingkatan satu.

“Jadi isu ini kritikal sangat, kita sendiri rasa kesian kerana berasa tidak selesa apabila berada di dalam kelas tersebut, apatah lagi kanak-kanak yang perlu mengikuti sesi pembelajaran selama setengah hari.

“Namun begitu, isu ini dalam makluman kita dan kerajaan negeri komited untuk bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) untuk selesaikan perkara ini,” katanya kepada pemberita semasa sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 yang diadakan di Bangunan Sultan Ismail, di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Tambah beliau, jumlah pelajar bersesuaian dalam satu-satu kelas adalah seramai 30 orang.

“Sehubungan itu, guru-guru di sekolah yang mengalami masalah tersebut perlu memainkan peranan lebih untuk meningkatkan fokus pelajar terlibat dalam tempoh pengajaran di dalam kelas dan kita bimbang proses pembelajaran mereka akan terjejas ekoran tidak berasa selesa ketika berada di dalam kelas,” jelasnya.

Menurut Norliza lagi, antara penyelesaian yang dirancang termasuklah penambahan bangunan baharu atau pembinaan sekolah baharu di kawasan-kawasan bersesuaian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI