fbpx

Impian Lim Ji-yeon dibenci tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIM JI-YEON

AKTRES Lim Ji-yeon mengakui bukan mudah untuk menjayakan watak antagonis yang menjadi kebencian penonton dalam siri hit The Glory.

Pun begitu, hasratnya untuk dibenci penonton dengan memegang watak pembuli Park Yeon-jin akhirnya menjadi nyata selepas karakter itu menerima kecaman ramai.

Biarpun begitu, dia yang kali pertama memegang watak jahat memaklumkan lebih mudah melakonkan karakter baik dan disayangi oleh semua orang.

Pada masa sama, Ji-yeon berkongsi bahawa penulis skrip The Glory iaitu Kim Eun-sook yang menyiapkan skrip selama berbulan-bulan menggambarkan dirinya mempunyai wajah seperti malaikat namun berhati syaitan.

“Dia melihat sisi saya ketika saya membaca skrip. Saya minta nasihat dan buat persediaan terbaik untuk watak itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI