fbpx

Gelagat kanak-kanak menangis masuk kelas hanya ‘lakonan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh @cikguhanaghafar0 di media sosial.

PETALING JAYA – Punca mengapa cikgu ‘abai’ murid-murid yang menangis di sekolah akhirnya terjawab apabila kanak-kanak itu menjadi ceria dan aktif di akhir persekolahan. 

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang cikgu tadika, menerusi akaun TikToknya, @cikguhanaghafar0 kelihatan beberapa keping gambar kanak-kanak tersebut menangis ketika hari pertama sesi persekolahan

Namun, di hujung sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), gelagat kanak-kanak tersebut terus berbeza dan kelihatan ceria serta gembira sehingga berjoget di hadapan kelas. 

“Salah satu sebab cikgu ‘ignore’ sahaja anak murid yang menangis. 

“Awal persekolahan berbanding akhir persekolahan. Mari tengok akhir video ini macam mana,” tulisnya dalam video itu. 

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 404,700 tontonan, 13,800 tanda suka dan 785 perkongsian. 

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dan turut menghadapi situasi sama dengan anak-anak mereka yang dianggap sebagai sebuah ‘lakonan’.

“Awal tahun dia punya menangis adoi.. Bila akhir tahun, ‘aku lah hero’. Kenal sangat dah perangai mereka (budak-budak) ini,” komen seorang pengguna. 

“Sama macam anak saya, mula-mula dua ke tiga hari pertama drama sangat. Masuk minggu kedua, dialah ‘kepalanya’,” seloroh seorang ibu. 

“Biarkan dia lepas emosi dia dahulu. Lama-lama dia akan berhenti dan pandai sesuaikan diri. Cuma kena perhati sahaja budak-budak itu,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI