fbpx

Dua lelaki berdepan penjara 10 tahun jual ‘Datuk Seri’ palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Dua lelaki berdepan hukuman 10 tahun penjara apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan berkaitan penipuan bagi mendapatkan gelaran ‘Datuk Seri’ palsu dengan bayaran tertentu tahun lalu.

Tertuduh, Rohaized Abd. Razak, 49, dan Shahferoz Khan Mohamed Ayub Khan, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memperdaya seorang lelaki berusia 58 tahun bagi menyerahkan wang RM140,000 untuk mendapatkan gelaran itu.

Perbuatan itu dilakukan berdekatan restoran di sebuah pusat beli belah di Puchong pada 10 November hingga 10 Disember tahun lalu.

Kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun penjara, denda dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Norazman menawarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM15,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Hazwan Hassan yang mewakili Rohaized bagaimanapun memohon pengurangan kerana anak guamnya itu menanggung seorang isteri dan empat anak termasuk dua yang masih kecil.

Mohamad Redza kemudian membenarkan kos ikat jamin RM9,000 dan sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Mei depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI