fbpx

Abang Stacy, Chaq meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS lebih seminggu berjuang di hospital akibat terlibat kemalangan, Chaq menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Abang kepada penyanyi Stacy Anam, Chaq yang juga bekas peserta Mentor 3 meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak pada pukul 3.20 pagi tadi.

Berita pemergian Chaq atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam, 35, dikongsikan adik lelakinya, Aldrich, yang berada di hospital.

“Abang saya sudah tiada. Dia meninggal pukul 3.20 tadi,” katanya kepada Kosmo! Online.

Kehilangan peserta Mentor musim ketiga itu dirasai semua rakan dan mereka yang mengenalinya apabila masing-masing berkongsi kenangan bersama Chaq dalam media sosial.

Sebelum ini, Chaq dilaporkan mengalami pendarahan dalam kepala akibat kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu.

Beberapa organ dalamannya mengalami gangguan seperti masalah jantung, hati dan limpa turut mengalami luka.

Malah tekanan darah serta jantungnya dilaporkan rendah selain hati dan buah pinggang turut terkesan.

Penyanyi sambilan itu juga telah menjalani pembedahan pada Sabtu lalu dan ditidurkan sejak seminggu lalu.

Semalam, Stacy meminta doa orang ramai supaya abangnya terus kuat berjuang dan segera sembuh.

Terdahulu, Chaq yang menyertai Mentor pada 2009 dan menjadi protege Ajai bergelar Naib Juara di belakang Black Hanafiah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI