fbpx

42 premis makanan urung lalat, lipas, tikus diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JKNS memeriksa tahap kebersihan premis-premis makanan di seluruh Selangor.

SHAH ALAM – Tindakan 42 premis makanan yang mempunyai urungan lipas, lalat dan tikus di Selangor mengundang padah apabila diarah tutup serta merta dalam tempoh tiga bulan tahun ini.

Kesalahan itu dikesan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi Operasi Premis Bersih (OPB) di semua daerah bermula Januari lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, operasi itu bertujuan memastikan premis bebas  pencemaran makanan dengan bahan cemar mikrobiologi atau toksik yang membahayakan kesihatan.

Katanya, pihaknya melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas 673 premis makanan sepanjang tempoh tersebut.

“Sebanyak enam peratus atau 42 daripadanya diarah tutup kerana dikesan berlaku urungan sekali gus mendapat markah merit rendah.

“Selain itu, sebanyak 462 Notis 32B di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 dikeluarkan dengan kompaun berjumlah RM287,200,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Sha’ari, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling merekodkan pemeriksaan tertinggi iaitu 138 premis termasuk tujuh yang diarah tutup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI