fbpx

1 juta pokok ditanam di Terengganu sejak 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (tengah) menanam pokok ke sejuta pada sambutan Hari Perhutanan Antarabangsa di Muzium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perhutanan Terengganu berjaya menanam satu juta pokok di seluruh negeri ini menerusi program Penghijauan Malaysia sejak dua tahun lalu.

Pengarah Perhutanan negeri, Roslan Rani berkata, kejayaan itu hasil kerjasama banyak pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang komited dalam program pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar.

“Lebih istimewa, pokok kesejuta hari ini (semalam) ditanam oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri.

“Pada tahun ini pula, kami telah menyasarkan untuk menanam 500,000 pokok dan akan berusaha untuk merealisasikannya demi menjayakan kempen Penanaman 100 Juta Pokok Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Roslan berkata, sebanyak 3,000 pokok telah ditanam di sekitar pekarangan Muzium Negeri Terengganu melibatkan kawasan lima hektar sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa tersebut bermula 18 Mac lalu.

Jelas beliau, penanaman pokok terbabit turut dibantu kakitangan Lembaga Muzium Negeri, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan warga Politeknik Kuala Terengganu serta Pusat Giat Mara Terengganu.

“Antara spesies pokok hutan ditanam adalah Merawan Siput Jantan, Chengal, Balau, Keruing, Meranti Sarang Punai, Meranti Tembaga dan Kelat Paya serta beberapa pokok buah-buahan seperti manggis, mata kucing, durian belanda dan nona,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI