fbpx

Tiada petunjuk baharu kes mayat dalam guni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vijaya menyerahkan sijil penghargaan kepada anggota polis dan orang awam pada majlis itu hari ini.

KLANG – Polis belum menemui petunjuk baharu kes mayat seorang lelaki dalam guni yang dibuang tepi Jalan Persiaran Aman Perdana 1 di sini, 11 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan sebelum ini memfokuskan maklumat daripada seorang wanita yang melihat sebuah kereta disyaki membuang mayat tersebut.

“Namun, setakat ini tiada perkembangan baharu mengenai suspek dan saksi lain bagi membantu siasatan.

“Kita turut belum mempunyai maklumat mengenai kereta itu dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika ditemui selepas majlis Perbarisan Sempena Hari Polis ke-216 di perkarangan Balai Polis Kapar di sini, hari ini.

Tambah Vijaya Rao, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan You Swee Leong di talian 012-4071452 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di 03-32912222.

Kosmo! sebelum ini melaporkan misteri bau busuk daripada sebuah guni berwarna putih di tepi Jalan Persiaran Aman Perdana 1, di sini me­rungkai kepada penemuan mayat dipercayai lelaki hampir reput pada pukul 6.10 petang, 11 Januari lalu.

Polis kemudiannya menemui petunjuk baharu berhubung pe­nemuan mayat dalam guni dipercayai dilakukan seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Honda Civic berwarna perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI