fbpx

Suami isteri direman kes amang seksual dilepas jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KANGAR – Sepasang suami isteri yang direman bagi membantu siasatan kes amang seksual membabitkan seorang penghuni sebuah rumah perlindungan dikendalikan mereka dilepaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, dua suspek itu dilepaskan setelah keterangan mereka diambil pihak berkuasa.

“Mereka dilepaskan dengan jaminan polis dan siasatan dijalankan menjurus kepada pelbagai sudut.

“Buat masa ini, polis menjalankan siasatan mengikut Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan pelanggaran syarat-syarat rumah perlindungan yang dikawal selia Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya ketika ditemui pada Hari Polis Ke-216 di sini semalam.

Kosmo! Online pada Khamis lalu melaporkan sepasang suami isteri yang mengendalikan sebuah rumah perlindungan dan kebajikan kanak-kanak direman bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap seorang penghuni premis tersebut.

Menurut sumber, pasangan berusia lingkungan 50-an itu direman sejak minggu lalu dan difahamkan berlaku di rumah pasangan terbabit, manakala mangsa berusia 20 tahun masih di bawah perintah perlindungan JKM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI