fbpx

Sekolah Model K11 diperluas atasi masalah keciciran – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADHLINA SIDEK (berdiri, lima dari kiri) melihat aktiviti kraftangan yang dilakukan pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) RPS Betau di Lipis hari ini.

LIPIS – Kerajaan akan memperluaskan lagi Sekolah Model Khas Komprehensif (K11) di seluruh negara dalam usaha menangani masalah keciciran dalam kalangan pelajar dan murid khususnya di kawasan luar bandar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, setakat ini hanya dua negeri iaitu Pahang dan Sarawak mempunyai Sekolah Model Khas K11 yang dilihat beroperasi dengan baik.

“Setakat ini selain sekolah ini (SMK RPS Betau) kita ada sebuah lagi sekolah di Long Bedian Sarawak jadi, setakat ini projek rintis K11 satu di Pahang dan satu lagi di Sarawak.

“Kita melakukan pemantauan dari semasa ke semasa dan kalau ada keperluan kita akan buat (bina sekolah model khas K11),”katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja Menteri Pendidikan sempena pengoperasian Sekolah Model Khas K11 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) RPS Betau di sini hari ini.

Sekolah K11 adalah sekolah komprehensif yang mempunyai murid dan pelajar daripada darjah satu hingga tingkatan lima yang mana SMK RPS Betau mula menjadi Sekolah Model Khas K11 bermula 13 Mac 2023.

Dalam pada itu beliau berkata, Kementerian Pendidikan akan terus berusaha menangani masalah keciciran pelajaran dalam kalangan pelajar dari semasa ke semasa.

Justeru beliau berkata pihaknya akan terus melakukan pemantauan termasuklah melihat permohonan yang dilakukan setiap negeri.

Sementara itu beliau berkata dalam mengembalikan semula permulaan sesi persekolan pada bulan Januari pihak kementerian akan memastikan ia mematuhi akta pendidikan khususnya pelajar dan murid perlu bersekolah selama 160 hari setahun.

Selain itu katanya, pihak kementerian akan meneliti perkara lain seperti berkaitan banjir, ekonomi dan sebagainya sebelum sesi persekolahan dipindah ke Januari. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI