fbpx

PM Thailand bubar Parlimen, umum pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAETONGTARN SHINAWATRA menghadiri acara kempen Parti Pheu Thai (PTP) di Bangkok pada 12 Julai lalu. – AFP

BANGKOK – Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha membubarkan  Parlimen Thailand hari ini bagi tujuan mengadakan pilihan raya umum pada Mei ini ketika bekas pemimpin rampasan kuasa itu berusaha melanjutkan pentadbiran disokong tentera.

Pilihan raya itu menyaksikan Prayut yang mengambil alih kuasa dalam kudeta pada 2014, ditentang oleh anak perempuan bilionair dan bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra. Thaksin  masih membayangi senario politik Thailand walaupun hidup dalam buangan selama lebih satu dekad.

Pembangkang utama, parti Pheu Thai yang diterajui oleh Paetongtarn Shinawatra mendahului tinjauan pendapat tetapi perlembagaan yang dirombak oleh junta tentera pada 2017 menjadikan parti berkenaan sukar menduduki kerusi Perdana Menteri.

Kenyataan warta rasmi, Royal Gazette yang disiarkan hari ini mengumumkan pembubaran itu, manakala Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengesahkan tarikh pilihan raya umum kemudian dengan 7 atau 14 Mei dikatakan paling berkemungkinan.

Pilihan raya umum itu adalah yang kedua sejak rampasan kuasa pada 2014 dan pertama sejak Thailand digegarkan oleh siri tunjuk perasaan prodemokrasi yang diterajui oleh golongan belia di Bangkok pada 2020.

Kempen tidak rasmi telah berjalan selama berminggu-minggu dengan peningkatan kos sara hidup dan kelembapan  Thailand pulih daripada pandemik menjadi agenda utama.

Satu kaji selidik yang disiarkan semalam menunjukkan Prayut berada di tempat ketiga dengan undian 15 peratus, jauh ketinggalan berbanding 38 peratus responden yang memilih Paetongtarn. – AFP  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI