fbpx

PM sebak tonton pantomim insiden Lahad Datu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persembahan khas peristiwa berdarah Lahad Datu 2013 pada Istiadat Peringatan Hari Polis Ke-216 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini. -Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebak ketika menyaksikan persembahan pantomim peringatan 10 tahun insiden pencerobohan Kampung Tanduo Lahad Datu, Sabah.

Persembahan itu diadakan sempena Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di ibu negara pagi ini.

Koreografer pantomim peringatan 10 tahun insiden pencerobohan Kampung Tanduo Lahad Datu ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali.

Persembahan berkenaan dibarisi seramai 86 pegawai dan pegawai rendah polis serta empat anak wira negara yang terkorban dalam insiden tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI