fbpx

Melaka tawar resort kolam air panas Ogos depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULAIMAN (dua dari kanan) meninjau projek pembangunan Kompleks Air Panas Gadek, Melaka, hari ini. -Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

ALOR GAJAH – Projek menaik taraf Kompleks Air Panas Gadek menjadi sebuah resort dengan konsep spa dan kesihatan (wellness and spa) dijangka siap pada Ogos depan dengan kos pembinaan RM17.9 juta.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, resort itu bakal menarik seramai 360,000 pengunjung, sekali gus menjadi lokasi baharu pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka 2024.

Katanya, pembinaan itu dilengkapi sebuah hotel yang menyediakan 20 unit bilik, selain lapan chalet jenis keluarga dan individu dengan kolam air panas persendirian.

“Projek ini diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 di atas tanah berkeluasan 4.04 hektar sekali gus meningkatkan jumlah sasaran Tahun Melawat Melaka 2024 kepada 8.6 juta orang,”katanya pada sidang akhbar selepas meninjau projek pembangunan Kompleks Air Panas Gadek, di sini, hari ini.

Tambahnya, Kompleks Air Panas Gadek merupakan salah satu daripada 138 ikon pelancongan utama negeri dan menjadi khazanah negara kerana memiliki manfaat kesihatan semulajadi dengan kandungan sulfurik.

Mengulas lanjut beliau berkata, antara kemudahan lain disediakan adalah dewan serbaguna berkapasiti 500 tetamu serta surau (50 jemaah) selain kolam air panas, taman tema air dan sebuah restoran.

“Proses pembinaan mencapai 62 peratus dan kita harap pihak kontraktor dapat menyiapkannya mengikut jadual ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI