SEBERANG PERAI – Seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan bersama 80 tong gas petroleum cecair (LPG) yang disimpan di sebuah stor khas di Permatang Pasir, Balik Pulau, dekat sini Jumaat lalu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, S. Jegan berkata, dalam serbuan sama, pihaknya turut menyita sebuah lori yang digunakan untuk membekalkan barang kawalan tersebut dengan anggaran rampasan berjumlah RM23,528.
“Kes tersebut disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Penyimpanan Ekshibit KPDN, di Bukit Minyak, di sini.