fbpx

Kereta terbakar ketika mahu hantar empat anak ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kenderaan yang terbakar berhampiran sebuah lampu isyarat di Chembong, di sini, pagi tadi. - IHSAN BOMBA

REMBAU – Perjalanan seorang bapa bagi menghantar empat anaknya ke sekolah berakhir dengan tragedi apabila kenderaan yang dinaiki terbakar berhampiran sebuah lampu isyarat di Chembong, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Mohd Zulfadzli Osman berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.20 pagi dan segera ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.

Menurutnya, sebaik tiba didapati kebakaran membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Nissan Livina sedang terbakar ketika pemandunya berusia 44 tahun dalam perjalanan menghantar empat anak berusia enam hingga 17 tahun ke sekolah.

“Pemandu menyatakan setibanya berhampiran lampu isyarat tersebut, dia terbau benda hangit dan segera ke bahu jalan. Penunggang motosikal yang turut sama di lokasi mendapati ada asap di bahagian hadapan kereta.

“Kesemuanya anaknya tiga lelaki dan seorang perempuan segera keluar dari kenderaan ke tempat yang lebih selamat. Mangsa segera menghubungi talian Mers 999 bagi bantuan lanjut,” katanya hari ini.

Ujar beliau, kenderaan berkenaan dianggarkan terbakar sekitar 90 peratus, manakala, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN