fbpx

Keluar 6 pagi elak sesak ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesesakan mula berlaku di Jalan Tun Dr Awang di Bayan Lepas menuju ke Bukit Jambul dan pusat bandar George Town seawal pukul 6.30 pagi tadi.

GEORGE TOWN – Sebahagian ibu bapa terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah sejam lebih awal pagi tadi bagi mengelak kesesakan yang berlaku pada hari pertama sesi persekolahan 2023/2024 hari ini.

Tinjauan Kosmo! di beberapa buah sekolah di daerah Barat Daya Dan Timur Laut mendapati, kelihatan murid dan pelajar sekolah menengah tiba seawal pukul 6.15 pagi, ketika suasana persekitaran masih gelap dan lengang.

Kesesakan di beberapa jalan utama dari Bayan Baru menghala Pusat Bandar dan Bayan Lepas ke Bukit Jambul dilihat mula berlaku pada pukul 6.30 pagi tadi.

Seorang waris kepada salah seorang murid di Sekolah Kebangsaan Seri Permai, Afendi, 39, berkata, mereka keluar dari rumah di Bayan Lepas seawal pukul 6.15 pagi tadi dan tiba ke sekolah kurang setengah jam kemudian.

“Jika keluar lewat, memang kami akan tiba ke sekolah beberapa minit sebelum sesi persekolahan bermula pukul 7.30 pagi. Sampai awal ke sekolah sekurang-kurangnya anak dapat rehat seketika sementara menunggu sesi sekolah bermula,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Sementara itu, seorang lagi waris yang juga kakitangan swasta, Rina Abdullah, 40, pula berkata, dia pula terpaksa menghantar anak sulungnya ke sekolah yang terletak di Bukit Jambul seawal pukul 6 pagi.

“Memang kena keluar awal hari ini sebab hendak elak daripada kesesakan yang luar biasa berlaku, apatah lagi cuaca hujan dan ditambah pula hari pertama persekolahan.

“Biar sampai ke sekolah awal dan tidak kalut. Anak teruja kembali ke sekolah setelah bercuti panjang selama sebulan mulai 18 Februari lalu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI