fbpx

Jana Wibawa: “Datuk Roy”, bekas timbalan pendaftar bebas dengan jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua suspek yang ditahan reman sebelum ini.

PUTRAJAYA – Seorang individu yang digelar ‘Datuk Roy’ dan seorang bekas timbalan pendaftar mahkamah yang direman bagi membantu siasatan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) telah dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Perkara itu disahkan peguam Fahmi Abd. Moin, yang mewakili kedua-dua suspek ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Jumaat lalu, “Datuk Roy” yang berusia 54 tahun direman di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Sementara bekas timbalan pendaftar mahkamah berusia 50-an turut direman dibawah seksyen sama kerana dipercayai bersubahat meminta wang suapan bagi menyelesaikan siasatan ke atas seorang ahli perniagaan yang dituduh berkaitan projek tersebut.

Kedua-dua perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Sebelum itu, ‘Datuk Roy’ telah direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung kes sama mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu media melaporkan SPRM menahan seorang individu yang digelar ‘Datuk Roy’ pukul 3 petang yang mana suspek itu ditahan semasa hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

SPRM dalam kenyataan, memaklumkan lelaki yang dikesan dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ dengan alamat terakhir di Semambu, Kuantan, Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI