fbpx

Hujan lebat, angin kencang bermula Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan akan berdepan ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat bermula Khamis ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, berkata, ia ekoran negara akan mengalami fasa peralihan monsun sehingga pertengahan Mei depan.

Ujarnya, dalam fasa ini negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir.

“Ia akan berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan hari ini

Tambahnya, permulaan fasa ini turut menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2022/23 yang telah bermula sejak 7 November tahun lalu.

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

Layari laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi Jabatan atau hubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI