fbpx

Hampir RM18j kerugian babit kes penipuan di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Hampir RM18 juta nilai kerugian membabitkan 668 kes penipuan dilaporkan di Pulau Pinang hanya dalam tempoh suku tahun ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, daripada jumlah itu, kerugian paling besar adalah melibatkan penipuan telekomunikasi iaitu hampir RM9.7 juta daripada 160 kes yang dilaporkan.

Selain itu, menurut, kes penipuan lain melibatkan e-dagang dengan nilai kerugian RM3.5 juta daripada sebanyak 281 kes yang dilaporkan serta penipuan pelaburan membabitkan nilai kira-kira RM3.1 juta (63 kes).

“Kes penipuan lain adalah e-kewangan iaitu RM724,469 (70 kes), pinjaman tidak wujud sebanyak RM632,611 (61 kes), Love dan Parcel Scam sebanyak RM294,077 (13 kes) dan sindiket ah long dengan nilai RM7,000 dengan 20 kes,” katanya pada sidang akhbar selepas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 peringkat negeri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT) di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Fisol memberitahu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang sepanjang tahun ini setakat 28 Februari lalu juga berjaya menumpaskan sebanyak tujuh sindiket pengedaran dadah jenis heroin, ketamin, ganja dan syabu menerusi beberapa siri Op Mutiara.

Tambah beliau, menerusi operasi tersebut, seramai 2,878 orang telah berjaya ditahan dan 40 kertas siasatan telah dibuka manakala nilai rampasan sebanyak RM5.32 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI