fbpx

EPL: Chelsea kempunan raih kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA terpaksa akur dengan gol penghujung perlawanan oleh Everton untuk sekadar meraih satu mata pada aksi awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Graham Potter enggan mengambil sebarang risiko untuk menurunkan N’Golo Kante pada aksi yang berkesudahan seri 2-2 de­ngan Everton di Stamford Bridge kelmarin biarpun pemain itu berada di bangku simpanan.

Ekoran isu kecederaan yang dialami bintang dari Perancis itu, Potter mendedahkan sukar untuknya membuat keputusan bagi memberikan minit permainan kepada Kante, namun tetap meng­akui kualiti yang boleh ditawarkan pemain itu.

“Kante berada di bangku simpanan dan dia sudah pun bersedia. Namun, agak sukar untuk dia bermain pada perlawanan pertama selepas terpaksa berehat lama, tetapi saya percaya dia berada dalam keadaan bersedia,” katanya.

Pada perlawanan itu, Ellis Simms muncul wira buat Everton ketika meledak jaringan pada minit terakhir perlawanan untuk menafikan gol kedua tuan rumah yang dihasilkan oleh Kai Havertz.

Terdahulu, Joao Felix membuka jaringan perlawanan, namun Abdoulaye Doucoure kembali menyamakan kedudukan buat The Toffees.

Mengulas lanjut, Potter merasakan anak buahnya memberikan gol terlalu mudah buat Everton hingga terpaksa hilang dua mata penting dan tampil memberikan pujian kepada pasukan pelawat yang kekal bermotivasi untuk mencuri mata.

“Kami kecewa kerana hilang dua mata di gelanggang sendiri, tetapi anda boleh lihat perkara positif dalam persembahan kami biarpun akhirnya kami tidak dapat bertahan dengan baik.

“Apabila melepaskan dua gol, ia bermakna aksi ini adalah sukar dan kredit perlu diberikan kepada Everton. Mereka memanfaatkan kelebihan fizikal dan menggunakan kemampuan mereka dalam situasi bola mati,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI