fbpx

Empat kadar zakat fitrah di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norizan (dua dari kanan) menunjukkan kadar zakat fitrah di Kedah selepas Majlis Pelancaran Zakat Fitrah Online dan Program Jom Sedekah Food LZNK di Menara Zakat, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Zakat fitrah bagi Kedah ditetapkan pada empat kadar pada tahun ini berbanding tiga pada tahun lalu berdasarkan harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri itu.

Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Datuk Norizan Khazali berkata, pihaknya dengan perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah
menetapkan zakat fitrah pada kadar RM6.50, RM7, RM14, dan RM21.

Katanya, penetapan harga zakat fitrah tersebut berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri ini pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram (kg).

“Penentuan kadar zakat fitrah ini dibuat berdasarkan pelbagai jenis tanaman padi di Kedah serta bentuk geografi, ada daerah yang usahakan tanaman padi setahun sekali dan dua kali setahun. Beras di Sik contohnya berbeza dengan beras di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

“Tahun ini ada kadar baharu RM6.50 iaitu untuk umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras jenis super spesial tempatan (10 peratus hancur) dan setaraf dengannya. Kadang-kadang ada orang yang tak mampu,  jadi dia bayar sekadar kemampuan dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Zakat Fitrah Online dan Program Jom Sedekah Food LZNK di Menara Zakat di sini hari ini.

Menurutnya, kadar RM7 pula adalah bagi umat Islam yang menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super spesial tempatan (5 peratus hancur) dan setaraf dengannya.

“Seterusnya kadar RM14 adalah bagi yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangi dan setaraf dengannya.

“Akhirnya, RM21 untuk yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis basmathi, beras Jepun, beras merah dan setaraf dengannya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI