fbpx

‘Doraemon’ hantar anak ke sekolah di Jempol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurulazma memakai kostum Doremon di hari pertama pembelajaran Sekolah Kebangsaan (SK) Serting Ilir, di sini hari ini.

JEMPOL – Hasrat seorang ibu untuk mengembirakan lebih 200 murid di hari pertama pembelajaran Sekolah Kebangsaan (SK) Serting Ilir, di sini, dengan memakai kostum animasi terkenal Doraemon mendapat sambutan baik.

Ibu berkenaan, Nurulazma Shafiqah Khairul Azhar, 32, menghantar anak sulungnya, Nur Dhia Imani Norazli, 7, ke sekolah berkenaan kira-kira pukul 6.55 pagi.

Menurutnya yang berasal dari Kampung Serting Ilir, dia tidak kisah mengenakan kostum itu kerana percaya ramai murid seperti anaknya mahu kelainan pada hari pertama sesi persekolahan 2023/2024.

“Kostum doraemon ini milik saya yang dibeli sejak lima tahun lalu yang sebelum itu digunakan untuk menyambut pengunjung kedai di Homestay Lonek. Bagaimanapun, kedai itu sudah ditutup sejak perintah kawalan pergerakkan (PKP). Kali ini saya pakai bukan hanya untuk menghiburkan anak tetapi seluruh warga sekolah.

“Anak tidaklah terkejut apabila melihat saya memakai kostum ini namun sedikit lucu apabila dia beritahu Doraemon tidak pernah memandu kereta. Apabila sampai di sekolah dia pun tidak kisah berjalan bersama malah dia kelihatan teruja kerana dihantar Doraemon,” katanya hari ini.

Nurulazma Shafiqah berkata, murid Sekolah Kebangsaan Serting Ilir jugak gembira kerana melihat Doraemon datang ke sekolah sambil membawa bungkusan coklat.

Menurutnya, dia kemudian mengagihkan bungkusan coklat sumbangan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan ( JPKKP ) kepada 240 murid dan guru.

“Walaupun anak tidak meragam ke sekolah kerana sebelum ini sudah mengikuti kelas pra sekolah, saya ambil inisiatif ini untuk hiburkan murid lain terutama murid tahun satu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI